BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Monday, December 24, 2012

aiyoyo..!!

salam.
tujuh.enam.lima.
huh.menghitung hari di villa tersayang.eh.umah kampung upgrade jadi villa.
*suke ati ak la ye*
hm.

semalam.sejarah.mungkin berharga buat diri yang sedang mencri cahaya.
huh..
wonderland melaka.~
watertheme park.gila laa.ujian betul kot.
berjimba2 mahu dekat 3jam dalam air.ok.itu n0rmal.
dan yang xn0rmal nya.AKU.!
mandi pakai tdung labuh.dan berstokin.sumpah.lawak.
tapi sbb kne jage adik yang xberape kecik tu.
terpakse.dan rela.

satu pengalaman.precious weyh.
aku dapat.ko.??

*xbangge.tapi malu la jugak.sbb buat bnde pelik.dan stokin tu,koyak abes.masuk bin saje la*

Saturday, December 22, 2012

salam alaik.

*tersenyum*
mengimbau ape yg berlaku malam tadi.rindu itu bertandang jua.
menegur dan bersapa.huh.xla susah mane,.
pabila dikenang,dulu.title kami.hanya junior dan senior.
bedmate.dan dormmate.
tapi.hri ini.ape yang aku sedar.hubungan kami.
bukan sekadar itu.
sapaan junior kpd senior.NO.!
it's more than that.a lot.too much.
yup.
mudahnya.meluncur ayat.menceritakan keadaan diri.
ketika dibadai ombak.ketika disinar mentari terik.
ketika.kaki berat menangkuh arus.
huh.ketika semuanya berlaku.
andai.satu hari nanti.mungkin.
ditakdirkan bertemu seperti dulu.
ku harap rindu itu atas dasar IMAN kepadaNya.
biar dia di sana dan aku masih disini.
menghitung iman.namun.semaian ukhuwah.
antare kite.mendapat redhaNya menuju jannah.

p/s :buat the ukht.hanya mampu disini.dan bukan di situ.untuk meluahkan,
hehe,thanks for the inspired words.precious than pearl.^^V


Friday, December 21, 2012

mengimbau dugaan itu.

in the of ALLAH THE MOST GRACEFUL AND THE MOST MERCIFUL.

dugaan tu ajar semua.
bukak mate.
bukak minda.dan hati.
soal hati.
bukan mudah untuk lupekan
peristiwa yang berlaku.
bukan satu.bukan dua.
mungkin tiga.

dugaan itu juga.
mengajar sabar pada aku.
selama ni.bijak bicara.
sekali ditembak.huhh..mahu pengsan.
dan xmampu berdiri seteguh bicara itu.
mengeluh dan berdoa.
serabut.terlalu.
hakikatnya,satu peristiwa.sia2 .
membuktikan.penggantungan kepdaNya.
yang sedang dilupakan.adalah penggantungan yang utama.
bukan mengharap belas manusia.
huh.sungguh.bukan sekadar batu besar.
tapiiii...umpama gunung di atas bahu.

mohon kekuatan dari pemilik segala kekuatan.
biarlah.yang berlalu terlipat elok.tersusun kemas.
lembaran baru terhampar.dugaan lain sedia menanti,
agar diri sentiasa terisi denganNya.

p/s: refleksi diri.*nak vacuum sawang dgn ayt skematik an cliche*

Tuesday, December 4, 2012

oh biasiswa.

salamullahi alaik.

jadi student asasi.bergantung hidup pada ihsan KPT.mahu sebulan belajar.
tanpa bantuan.masyaALLAH.perit.sungguh.
walau hakikat.aku tahu.rezeki ALLAH itu luas.

'money is not everything but everything needs money'

padahal.duit tu.bley je nak cucuk kat abg ATM di seberang jalan.slama ni rse mcm senang je nak dpt duit.skarang.ble nak cucuk je.'eh.cukup ke untuk mggu akan dtg.kne jimat ni'..

dush2.mcm kne simbah dgn asid.mahu terbakar jiwa.ble igt.keborosan yang berlaku.
tu laa.ish3..take note skarang tntg duit.

bile cll abah.hm.msti tanye duit.malu nak minta.sbb MALU laa..hanya mampu gelak.
mungkin inila masanya ALLAH ajar aku.hidup jauh tanpa bantuan manusia.tapi bukan jauh dari bantuan Nya.
suruh.ingt balek ape yg ak gne dgn duit tu.huish.astaghfirullah.

hanya mampu sigh.beribu terbang dengan mudah dan bahagia.



Friday, November 9, 2012

. . . .di kala cuti. . . .

salam alayk.^^

sabtu.= cuti.
jadi ingat nak merehatkan diri.hukhuk.istilah sopan tuh.
tpi terpaksa di postpone.huh.!
rewang.!!
weeding.huh.
smalam nikah.
mase nikah,mak cakap "pergi dgar sane".saya hanya mampu buat -.-*muka bosan*
tapy,mse kadi nak nikahkan.saya pulak yang cuak.haha,*tumpang sekaki*hehe.
jenguk2 barang hantaran.dan saya jumpe satu bnde.saya cari laen.tapi laen yg saya jumpa.hehe.
saya cari Quran.usually org kite kan akan bagy Quran.tapy.xad.musykil.tapy diam je laa.
dan saya nampak ad satu buku.dalam dulang.HAH???buku.?
pelik.but nice.tajuknya INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT.by ustaz ismail kamus.

sempat snap dari jauh saja laa.


dan hari ni majlis.tema ::islam is the best way to live the life::.haha
pandai2 je ak bagy tema.sbab islamic la .huhu.best gler.da la memg sblah rumah.hm.islamic tu macam mane.?macam ni.pasang selawat dan nasyid KUAT-KUAT.haha.baru semangat.!
then.xad sanding.sekadar pelamin.
okai.ni je nak cakap.eh.salah.nak tulis. sbb ak xtwu ape lagy.haha.tapy saya jatuh cinta sama ini majlis..!!!

p.s:tetibe rase macam nak jadi pengantin yang islamic .errkk!!..islamic wedding planner,.arahan.abaikan perkataan bergaris tu ye.the time is not arrived yet.hehe.





 

Thursday, November 8, 2012

sentap seketika.!

bismillahirrahmanirrahim.

da mule cuti sem1.maka.bakal bermulalah sem 2.*muke ketat*haha

tady.pergi clean up inbox fb.bace laa chat dan mesges yang merapu.meroyan xad hala tuju.ad jugak yang isinya macam nak kne PJJ *pelempang jarak jauh*.haha.

lpas tu.bukak satu mseges.dengan dia.rase macam.sayang nak delete.jadi.pikir2 la.nak delete xnak.
*padahal sayang la jugak nak delete*.tbe2.
hilang.macam tu.*actually.tertekan pangkah.sbb ad chat masuk*
memang sentap.nak marah dengan org tgah chat tu la.tapi.hati cakap,heeiipp..ALLAH xnak ak lalai dgan benda alah tentang dia.jadi.dari sentap.menjadi senyap.


p/s ::mungkin sebab nak kuburkan dia sekejap kut.dari ingatan tpy bukan dari doa.haha.sbb tu HE shows me the way.YAAAAHHHHH!!!the spirit is coming..

Wednesday, October 24, 2012

berbeza sangat ke.?

assalamualaikum..

entry ni.kureng jalan2 di atas angin.^^V*peace*
xtwu ape hadaf entry ni.tapy.rase nak kenang mase silam.berbeza ke ak yang dulu dan sekarang.
go through it only in a day.

ustazah :'eh.ni maisarah kan.'
 ak: erkk.ye laa.ustazah ni.baru bape bulan xjmpe.xkenal ke.?
*konon nak melawak la tu*
ustazah :da laen da.dulu laen.
ak:ape yg laen.sme je..
ustazah:dlu dtg skola pakai jean.ni siap tdung labuh lagy.
mse tu rase.free free je kne.*rase kne simbah dengan air panas laju2*
ak : ...............*fake smile*

saya yang ni la.buat kan ustazah dan geng2 dye shock.!
*tapy mseh ad otainye ye.tengok ksut.haha.*sport shoes*



okai.admit.handsock pun.kalau.da tgah hari.xpakai.erti kte laen.memey ak tanggal laa.skdar pagy je.dlu bju kurung skola pun.lipat lengan bagai.tdung pun ambrol je.
reflect myself.perna kne tgur dgan bro klas.
'mai.cube la pakai tdung tu leklok.kebelakang skit.ni mcm nak sujud je tdung tu'.lgy satu.dye tgur.
'LABUH tdung hari ni.'tu dialog hari rabu laa.sbb rabu.tdung ak standard je laa.xlabuh.dan biase.sebab tu slalu kne fire.
 *ad tambah tolak.darab bahagi ye.dialog di ats,kerana memori kpale sy xdpt scan sgt dialog ny*tapy mksud ny same*

mse tu.ak rse ZERO la kut.lantak la weyh.ak nak blaja.haha.*keras kpale*.xfikir semua ni.
sbab ilmu xdipraktikkan.mcm tu la.dush.*serangan bertubi2 dalam diri*..pengsan sebentar,

sekarang sedar dari lena yang panjang.alhamdulillah.at least.ak bangun jugak.kalau2 ak trus dalam lena disertai mimpi dunia.speechless membayangkan my future.hancus mungkin.

ad satu hadis Rasulullah.'sesiapa yang dikehendaki ALLAH untuk menjadi baik.maka ALLAH akan masukkan ke dalam diri nya agama'.
dgar kat ikim.mse tu.ntah.rase.BERUNTUNG sngat2.dan bersyukur.sbb maken ak nak lari dari aliran agama.maken ALLAH dekatkan.see~
perancangan yg di aturkan.nice and beautiful.

pokoknya.laen sgt ke ak ni.?dlu otai.skarang pun otai laa.

*entry muncul stelah.baru twu erti doa rabitah.sbb xpenah bce*msuk u baru kenal.*KUNO kan ak.
sori.



Friday, October 19, 2012

jum teruskan :)

ASSALAMUALAIKUM.!~

hari berlalu mcam laju je.skejap je da nak exam algebra.makk.!!~takut.
feelingless mungkin.
meniti hari.
bicara soal mase depan.
di manakah kita kelak.
di sejuk atau di panas.
mampukan meneroka kehidupan akan datang.
sebagaimana kuatnya si ibu menggalas amanah,
sebagaimana hebatnya dai'e menyebarkan dakwah.
sebagaimana hamba melaksanakan ketaatan kepada Yang Esa,

*sigh*kalau dlu.saya cakap."xbaek sighing".now.saya twu apa erti di sebalik keluhan itu.
haish.SKEMAtic diagram punyer la.ntah laa.sy bukan pandai bermadah.
straight line je la.mcm ni.kehidupan xkekal.spnjang duduk di AMK dan berada bersama sahabat2.
byak betuii naa yang tubik dari mulut ni.soal itu.soal ini.tapy,.konklusi yang dapat,
semuanya disandarkan kepadaNya.
contoh.:mse ri tu.sibuk kiteorg masak.*seludup rice cooker*^^V.tbe2.terfikir.
**awan**hm.'mcm mne la mak kite boleh sempat masak.jage anak.uruskn rumah.kerja lagy'
kawan 1 lgy smbung.'a'ah laa.kite yang tgah blaja ni.kelam kelibut'
see.!~

1 lgy sambung.'kekuatan yang ALLAH bgi tu.sesuai mengikut seseorang'.dushhh.
amek kau.semua diam.dan smbung msak.haha.nasi dgan telur goreng je kot.haha.

p/s:just type.ikut ske jiwa,kalau sala,roger2 tau.*innosence face*

Saturday, October 13, 2012

di mana sahaja.

assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah.exam tggal 2 paper je la.tapi lagy 2 paper tu laa yg buat saya tak balik EID ADHA.gap dye jauh sangat.tady punya la excted tahap petala ke-8 kot.nampak bas 'KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR'. bas tu xheran.yg buat excted bagai tu.kalimah JOHOR.

HUWWAAAAA!!!i'm miss my family.my hometown and all about johor.

hm.pagi tady kami bergembira.okaii.dalam istilah ukhuwah,seronok.

ber'dhuha' di gelanggang futsal.


halaqah setelah puas bermain baling selipar je.~
best gler kut..thumbs up la weyh.memang sakan especially time maen baling selipar.sbb teringt mase childhood.

p/s:mase kecik2.xpuas maen.haha.tu yang jakun bile ad yang offer maen.
      ukhuwah itu manis andai segalanya disandarkan kepadaNya,.

Thursday, October 4, 2012

mengetuk minda sndiri

assalamualaikum wbt.
ok.agak skema.tapi ini yang afdal.ikut skema ALLAH dan RASULNYA.

ape ntah tjuk entry.dok men ketuk2.saya tak tahu.dan saya agak keliru.
mse nak exam call mak.hm.sbb nak mngadu laa.ckap hafal arb ni susa la.ape la.
satu mak pesan.dan itu buat saya macam nak leleh.hee.bukan macam tapi da leleh pun.

'sbb kan angah suka sains.cuba la hafal arab tu macam hafal bio.kimia,fizik'

dushh~!.*umpama kena hempap dengan eiffel tower kat kepala.*mse tu saya lost.mungkin.

huhhh.*sigh*.yup.itu yg saya buat.
tapi hati dan jiwa saya meruntun.bila ad orang sebut 'doktor'..'jordan'..
sekadar impian yang diterbangkan oleh angin taufan.walaupun impian tu da berada.too close with me.

*reflect myself to the mirror of the world*and the result is.


I'M THE CHOOSEN ONE TO BE HERE.



Sunday, September 30, 2012

musim menelaah tiba jua akhirnya.!~

salam alayk.

yup..seperti tjuk en3 ini.mood exam coming now.tapi mood study ..? lalalalalalala~*mke gembira xingat dunia*

ok.sbb kan sy di bumi serambi mekah.huhu.*teka laa* ..hari ahad..sy da abes satu paper.SIRAH.. only one word bley kluar dari mulut ini.ALHAMDULILLAH.!

dan saya ad 5 lagy paper untuk dipangkah oleh prof..haha.makanya.~

BELAJAR LA.!~
 tadi sembang2 dgan shabat nun di melaka. dan saya xsangka ad 1 ayat yang saya tuturkan..

"haish.awak ni.mood tu harus di cari bukan ditunggu..sampai bila pun x akan dtg sndiri"

errkk~!*garu kepala berulang kali*

walau apa pun. SALAM IMTIHAN LA terutama skali warga UMNP ye.!~


Thursday, September 20, 2012

besut cantek.!!~

salam alayk,
rse ny bukak blog ni msti bersin.huishh.berkepuk habuk..terserlah kmalasan nak mengupdate ini blog.
huhu.~!sori ye.

kitab di buka. 30.8.2012..
  jaulah ke besut. raye ke rumah hajar . dan untuk itu . saya drive . ok penat .! tapi . subhanallah .
hilang penat sbb terpesona keindahan besut , haha .
sebenarnya BESUT tu xla cntik sgt . tapy kampung hajar tu . ad sawah . dan seronok sbb ad tali air .
keterujaan melanda diri . sbb tu jakun , haha.!~

tapy ad satu tragedi ,. mase tu trus igt mak dan abah.!~
cll mak pagi before pegi ,
'mak,angah nak minx izin pegi besut dan angah nak drive'
'hah..?trggnu.jauh tu.'
'satu jam je.hrp2 boleh la'
'hm.tanye abah laa.sbb hari tu mak bgy izin drive g ketereh pun.abah marah sbb dye xtahu'
'errkk~~!'*terkedu sebentar..sbb mak kne marah dgn abah.kesian mak*gare2 anak dye yg nakal dan degil ni*^^V
lastly.tubik la suare dari mulutku.'xpe la mak.mcm ni.angah tepon abah.minx izin.pastu angah roger kat mak'
'ok'
then cll my superb dad,
'abah.nak tubik g besut dan angah nak drive..BOLEEHHHHHH???'
'hahhh..?hmmmmm~*sunyi sbntar*..drive tu elok2,hati2.betulkan niat.jgn lupe bce doa,bawak anak org tu,,hati2'
seriously.mse tu nak nges jugak lha.taching.=(  'doakan tau.syg abah!'

TRAGEDI ~!

naseb baek ad inche ikhwah penyelamat !~kalau x.xtwu laa.

p/s: ibroh kat sni.kalau nak jln jauh.inche ikhwah haruslah follow sbb akhowat ni ___________..^^V
       tapi ingat.JAGA LAH KEBERSIHAN IKHTILAT ye.!~



Saturday, September 15, 2012

clorox the thinking.!~

assalamualaikum w.b.t.

selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabatnya.

Ya ALLAH.,berhabuk smbil terbatuk2 mghupdate ini blog..shuuuhhhh~!.debu dan sawang penuh.
ok.memang agak M**** #faham2 ye#.nak menghupdate ni.tapi still want to spread it out from the heart,

da 4 bulan lebih dkat U.hari tu gempar tentang isu IKHTILAT.masyaALLAH.saya bukan lah pakar sangat tentang agama.saya bukanlah hafizah yang mampu menuturkan kalimah kitab ALLAH apabila di ajukan dengan pelbagai persoalan.
saya agak terkilan bila.isu IKHTILAT ni berbangkit.
maaf la.andai kate2 yang sy coretkan menghiris hati sesetengah pihak.*sambil tundukkan kpala ikut style jepun*hee
isu tentang ni.xpatut bangkit di U saya.walaupun still foundation kan.
sy ad reason..kita budak agama.da blaja tntang semua hukum-hakam serta dalil.apa salah nya kita praktik ape yg kita da dpt.Ilmu itu adalah cahaya yang xakan menembusi sesuatu benda yang legap.
ape yang legap..?hati.!!~yang xnak terima ilmu.

sebelum melangkah ke main camp.sebelum kite terkena kejutan elektrik yang mampu buat kita rentung,sebelum kita dipersalahkan atas alasn xpandai jaga ikhtilat sbb slama ni semua dikawal ketat.
ok.fine.kat skolah dlu ad rules.kite follow.now.kat U.kita praktik kan.bukan dikongkong.bile da smpay main camp insyaALLAH laa.kita akan terbiasa dengan hati yang redha,bukan terpakse.

Islam tidak membebankan penganutnya.ad masa.ad situasi.
bukan ny kluar satu klas.dikire xmnjge ikhtilat.sbb word ikhwah kami yang 4 ketul tu
 "antunna nak g mne.pegi laa.kami sbagai peneman saja"
alhamdulillah.kbetulan.kereta yang sy drive rosak.mse tu.agak2 cuak tahap gunung berapi nak mletup kot.then.ikhwah smpai.1 perasaan.SYUKUR.ALHAMDULILLAH.sbb ad mereka.
see.!~
tiada tautan mata.hati serta anggota,mempunyai hadaf yang suci dan ibroh yang diperolehi juga murni,
sekali lagi.maaf andai post ni,melukakan hati sesetengan insan.saya manusia biasa.sering melakukan kesilapan.dan saya xsalahkan pihak yang mengingatkan tentang isu ikhtilat.kerana manusia mudah lupa andai tidak di ingat kan.!~

#postiniperludibacadenganintinasiyangagakberemosional*SPACEBARrosakKE.?#


hadid ini meluahkan
mohon diperbetulkan
setiap perkara ad +ve 
dan -ve nya
bagaimanapun.
~bergeraklah walau terpaksa merangkak menuju ke arah RedhaNYa~

Wednesday, August 15, 2012

peluang itu kah..?

salam..!~

rase mcam baru je sambut ramadhan.cepat sungguh masa berlalu.hailaa.~
sebahagian tanda akhir zaman.

peluang tu ad je dekat dpan mate.sama ada nak atau xnak je.

*seriously.kalau dulu.dgar ayat mcm tu ley je kot nak wat xtahu,skarang.ayat tu. meaningful.sbb itu yg saya sedang alami*


Tuesday, August 14, 2012

erti syukur.!~

salam alayk..
smoga iman bertambah dan di harapkan xla berkurang dibulan mulia ni ye.!!

alhamdulillah.sy masih bernafas.sy masih mampu melihat dunia.dan sy masih mampu untuk berhadapan dengan ibu bapa sy.

dua hari lpas.batch APIDS 94 organize malam FIFA.*world cup*haha.nak sokong spe ye..!!
barca laa..the champion.ngee~.FIFA means.fight israel free al-Quds..sy rase kalaula inche AMAN PALESTINE. xad.xmampu sy nak bezakan keadaan sne*palestine ye* dgan ngare kite..hailaa.~

lpas tu.ad iftar bersama anak yatim.sy sgt sayu.ye laa..dye umur 6 tahun.lost her parents.but sy umur 6 tahun tu,mseh mggedik.memnje2 dgn parents.
sy teringt 1 kisah.
*hikayat pun bermula*ok.tapy ni bukan hikayat tau*
hm.mse tu ad sorang tu tye ramai2 anak yatim.dan normal ble dtye ape perasaan dyeorg.xad mak.xad ayah.absolutely la dyeorg jwb sedih.org laen bahagia ad kluarge.dye xad spe2.
tapi ad sorg budak tu.dye ckp.dye gembira xad parents. sentap abes laa..
*perghhh,ape la dak ni.ske lak xad mak ayh,*
jwpn dye. sbb
'DIA XAD DOSA DGN MAK AYAH DIA.DIA XPERNAH RASE MENYAKITKAN HATI MAK AYAH DIA.DIA JUGA INSAN YANG DISAYANGI OLEH ALLAH DAN RASULLULLAH.'

whatt.????????

tetbe je.sebak.untung nya dia.tapy sy lagi untung.sbb sy masih smpat nak beramal untuk mak ayah sy.
Gotcha.!~nung tu point dye,hargailah ibu bapa anda.walau pun dimana anda berada,!~
p/s:pesanan ini di taja khas oleh diri sendiri.^^V

Saturday, August 11, 2012

teruk ny saya!!~

salam alayk.
smoga keberkatan Ramadhan menjadi milik kite,amiinn.!~

saya seorang yang TERUK.*istighfar di dalam hati*
saya terjumpa post ni kat fb.

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..


MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu
 
sungguh,saya rase macam kne campak dalam laut,
ye.!!~laut yang biru.penuh dengan ombak.dan sungguh laut tu yg sedarkan saya,bahawa selama 1 bulan lebih saya di universti ni.sy xIKHLAS,atas passport..it's not what i want..
yup..sy manusia yang amat rugi.sgt rugi.*sighing deeply*

sy xreti bersyukur.hanya 38 insan yang terpilih untuk menjadi pewaris legasi ulama' sains.
belajar sains berteraskan al-Quran.
sy rse mcam kne hentak dgn batu yang besar.lebih besar dari tembok cina,

'ya ALLAH.hinanya hambaMu ini.kerana sukar menafsirkan takdir yang telah Kau tetapkan.kepada diri ni.
Ya ALLAH.Kau pinjamkanlah kekuatan agar hambaMu ini mampu untuk menggalas takliafan yag telah berada di atas bahu yang lemah ini'

___allahumma amiin___

*benarla.ALLAH sentiasa menegur kita sewktu kita leka dan lalai*
hadid melebur menjadi hadid yang berkilau dan bermanfaat buat ummah.

Tuesday, August 7, 2012

hailaa..cik puan hati ni..!!~

salam alayk,
kaifa haluk..?insyaALLAH bikhair..
nak taching skit ni.huu..~
call mak.mse tgah demam.mse buka pun mcm nak kluar balik.oppss.!~
no simbolics hidden yup.heee.~
then sayu skit..ble ma ckp.
'tu laa..sminggu kat rumah xjage mkn..ble da jauh nun sne.mle la mcm2 tekak nak mkn spay demam'
dush3.mak bley bace mind ank dye.huhu.*malu je*
ok msuk chapter ~!loading in progress!~
hati ini.terlalu lemah.tidak mampu dibendung..
perasaan itu dtg tanpa aku sedari.dalam sekelip mata.
bermulanya episod itu.segalanya menjadi cacamarba.
jiwa berkecamuk.hubungan antra ak dan dia smakin mesra.
sungguh ak bhagia dengan ada nya dia disisi
walaupun ramai juga yang myedari keakraban antara kita.
namun ak tidak nafikan itu,
ya.itulah cinta antara kita.
maafkan kerana tidak mampu menjadi sempurna seperti yang telah kau harapkan
kerana ku jua sedang menggagahkan diri untuk menyusuri kehidupan bersamamu..
melayari keindahan dalam berhubungan denganmu,
mencari sebahagian diri ni untuk tabah bersamamu
kerana ku tahu,
KAU SEORANG SAHABAT.DAI'E,TEMAN DAN
TELAH MENDAPAT TEMPAT DI HATI CIK HADID,>_<
#khususan buat sahabat2 ana yng bertebaran di merata ceruk dunia.ikhwah not allowed#
p/s : this kinda thing happens randomly with mereka yang berada sekapal dgn sy.!APIDSdian.
        haha.!~proses pembersihan blog yg bersawang dan bersemak.tu yg undercontrolled buat perkara yg xberfaedah.ana asiffah jiddan..
BERGERAK LAH WALAUPUN SESUKAR MANA.~KERANA REZEKI ALLAH ITU DIMANA2.

Monday, July 23, 2012

kerdil.?

salam.!~

'siapalah saya nak berdiri sama tinggi.duduk sama rendah dengan anda semua!~'

#terasa diri sangat kerdil dan kecil dibandingkan dengan anda#

Friday, July 20, 2012

merenung ke langit~!


assalamualaikum.
titisan air mata hati menuju ke ramadhan bulan seluruh umat Muhammad s.a.w.smoga diri menjadi lebih baik dari yang lepas.~
muhasabah diri.sebelum kedua kaki melangkah memasuki bulan yang mulia.
refresh~~~~
mcm2 event yang drag sy masuk kedalam perkara yg sy xmahu.dan akhirnya sy berjaya mencipta konklusinya sendiri.

sy join debat.dan sy da rase mcm mne duduk di kerusi.melontarkan sgala yang lama terpendam.ok.mse debat tu,sy sgt sgt sgt la rase.SAYA TAK LAYAK!~nak dibndingkan dgn semua shbat2 laen.tapi sy cuba juga.time debat tu.mse pencdg kluar bersuara,sy rse nak angkt tgn dan ckp kat YDPD 'minta izin,nak keluar.,sbb pihak kami tarik diri.!~'
tapi sy maseh duduk di kerusi.ALhamdulillah.kekuatan itu milik ALLAH.smpai mse sy.walaupun mke nak nangis.sy ckp jugak.dan satu yang saya rse.LEGA.ape yg terbuku akhirnya terluah,haha~
#konklusinya: walaupun sukar.teruskanlah,sebab ALLAH sentiasa bersama hambaNya,walaupun kita rase xmampu.hakikatnya,ALLAH dah takdirkan kita.~dan 1st time masuk debat whoa.!!!hee.

next.akk2 senior APIDS dtg mlawat.mule2 sy rse mcm agk terbeban.dan jujur.xske.sbb sy takut.akk2 tu mcm akk2 senior yg penah buat program mse kat skolah.marah2.haha.alhamdulillah.
dyeorg sme sporting.sy sgt mereka.ukhuwah yang kami jalin tu mcm aliran air sungai yang xputus.dan menuju ke satu destinasi iaitu Jannah..THANKS to senior2 APIDS yang sudi open my eyes,my heart and my soul.

to be here with new intention.LILLAHI taala.~LET'S THE PIXCA SPREAD THE FEELINGS!~

akhowat !~.only.^^V
senYuman Yng tERindah kott!~
cari sy!!`hint..tudung purple.jubah hitam.!!~haha
*bagi yg da twu..shuuut!hee_





 inChe IKhwah>**<



AHLAN (A Harmonious Linkages Among Novices)

Thursday, July 5, 2012

'ter'

salam alayk..
kaifa haluk.?hm.insyaALLAH bi mardhatilla.aminn.~

hm..teringat mse first msuk klas.ustaz taye,kaifa hal.?
semua jawab alhamdulillah bikhair.then ustaz tye sorg2.sorang2 jwb.
tbe kat orang last.ustaz tye.ko pehal.?then dye jwb bikhar.semua gelak.haha~
*ustaz pun mle tzkirah*kte ni msti alert!!,.nampak sgt kite terikud2 orang.dush3.

ok.cross msuk tajuk ats.
ni perongsian dri ustaz ana.ustaz Lah.da masuk U still lagi pggil ustaz.haha.
hm.ustaz kecek kat kami.
mase tgah potong sayur atau buah atau benda lain.mse tgah khusyuk dan tawaduk..tbe2 kite TERpotong jari.ape perasaan anda..?hakikatnya.jari berdarah dan luka.dan rase sakit.
atau..tbe2 je kite TERbunuh orang.?walaupun perkara tu adalah TER tapi orang yg kite bunuh tu tetap matikan.kan..?

nak habaq mai kat sini.hm.walaupun perkara tu adalah TER atau bahasa comel nya.xsengaja.tapi kesan nya.tetap ada.rase ny tetap sakit.dan tetap akan meninggalkan parut.mungkin xnampak dgn mata.tapi yang parut tu still ad dekat hati.walaupun xdapat dosa.bersamalah kite berusaha menghindari TER ye.!!walau pun kita ni xsempurna.dan sering melakukan khilaf.
ingat#ALLAH akan memudahkan urusan bagi orang yang berusaha mendekatiNya#!!

p/s:untuk sy jugak^^V

Friday, June 15, 2012

hidup sebagai seorang siswi!!

salam alayk.
menukil sesuatu selepas bergelar seorang siswi pengajian islam.haha~
alhamdulillah.~kaifa haluk.?bikhair.insyaALLAH.

rase nye entry kali ni.macam berjela-jela panjang.bagi yang unlike.sila tekan 'x' ye.sori..!~
kelantani..arabic languange as lughatuddin.
merangkak memahami setiap bait-bait kalimah arab.fuyooh.macam kambing masuk lori lembu.xpaham belaka.prof dok kecek arab.dan sy hanya mampu mengangguk.~ok.konon2 je faham.qalilan laa.
haha~
kehidupan bergelar siswi.huilaa.unexpected.especially sbgai bakal daie.insyaALLAH.~
kuliah smpai malam.blaja math*calculus dan agebra*,terasa mcm nak hentak kepala dgn kamus al farid.haha~punyala tension.ni sungguh tipu.jgn terpedaya.
ok.no kidding.msuk serious line.
bila amek course pengajian islam dengan sains.terasa memikul 2 benda.dunia dan akhirat.
berat dan perlu bertanggungjawab..kat APIUM.bila sebut APIDS.orang akan macam salute.sedangkan sy xlayak untuk itu,!!~mungkin itu sesuai untuk kwn2 yg smemgnya blaja dari SMKA.bukan untuk orang yg dri SMK.mcm ana.!~
sy teringat mse form 5 dlu.sy sgt hate arab.astgfirullah.smpai ad sy cakap.sy hanya akan blaja arb smpai form 5 je.!
takdir ALLAH.jodoh sy dan arab sgt kuat.subhanallah.baru sy sedar.ayat ALLAH.
'xsemestinya kita suka sesuatu tu,benda baik bagi kite.sedangkan yng kite xsuka itu adalah yang terbaik untuk kite'
ALLAH msih bagi peluang untuk sy belajar bahasa syurga ini.walaupun sy merangkak,
bayangkan.dekat dalam kuliah,sy rse mcm sy je yg xfaham ape yg prof kat depan ajar.asyik tanya orang.
'ustaz ckp ape.?'
beruntung betul org yg duduk sblah sy.haha.kesian.sbb kne translate,.~
dan itu yg buat sy mcm down.dan berusaha,!~
blajar ilmu ALLAH.smoga ibrah dikongsi bersama ummah.

p/s:byak lagi nak bebel.tapi.cukuplah smpai sini dlu.salam arabic.!~

Tuesday, May 22, 2012

malam air mata.~!

salam alaik.!~
kaifa haluk.insyaALLAH.sihat.
malam ini.sy nak isytihar malam air mata.bagi batch kami mungkin.sebab kat fb ny post.semua ckp bhse yg mampu mencairkan air mata.
gare2 musim menyambung pelajaran di segala ceruk tempat.dan esok 2 dari kami.akan ke usim.dan di ikuti yang laen.
terase mcm nak pergi perang.opss.jihad menuntut ilmu.*peace*.
semua ni berpunca dari segala adab dan etika membuka memory lane memalam buta.mengimbau nostalgia kejam tahap bergegar asrama dengan suare warden yang merdu2.haha.*ok.ni ayat kejam*.
sungguh.saya hanya mampu mendoakan kalian di sana2 tu.berjaya di dunia dan akhirat.^^V.
menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaek.insyaALLAH.~
sayang kalian bulad2 air mata tau.ukhuwah fillah till jannah.!~amiin

rela dalam terpaksa.~
melepaskan kalian
menuju kesana
di mercu kejayaan.~!

Tuesday, May 15, 2012

stokin ayam!!!

salam alayk.

semoga segala dalam perancangan yang terbaik dariNya.amiiin.~

hari ni kongsi cakap2.tapi bukan kosong sangat la.hm.tapi yang ni xad kaitan pun dengan tajuk kat atas tu.
seriously.tadi overdose adrenalin sampai abah macam nak marah.mane xnye.tadi abah sembelih ayam.dan sy jadi pembantu sampingan.haha~best tu.then.siap main bedah-bedah dengan adik yang dajah enam tu.bekecah laa lantai kat stor belakang.tapi abah ok je.

mse tolong my dad bersihkan ayam.baru perasan something..ok.ni baru story masuk tajuk tau!
eeiihh.ayam ni pakai stokin laa.kulit kat luar tu.macam comel je.patut la orang selera je makan ceker ayam.bersih sebab ayam mkn ceker.dan mase bersihkn stokin tu dibuang.dan terselah laaa kelazatan kaki ayam tu.haha~
*note here*sy kurang suke ceker!*

moral here yang sriously sy amek note adalah.kalau ayam pakai stokin.kenapa manusia yang berakal ni xnak pakai stokin.!*khas buat muslimah dan seangkatannya*.ok.sy pun berusaha untuk istiqamah pakai that thing kalau pergi jalan-jalan.kalau kat rumah.hm.sy xla pakai stokin.sebab kat sini timbul khilaf.dan ad ustzah bagitau.banyak berlaku salah faham antara ulama'.tapi buat anda yang berstokin didalam rumah,teruskan.!
kalau nak share 1 story.boleh.?ok.terimas2.
mse tu.bicara same seorang sahabat.yang hebat.dia cerita kat sy.
ada one fine day.besday sahabat dye.yang memang xpakai sock.then.sahabat sy ni bagi la hadiah stokin. sejak daripada hari tu,.sahabat yang sambut besday tu terus pakai stokin.alhamdulillah~
ok.sy hanya mampu cakap.hebat nya cara dye dakwah,!super duper osem.

notakukukakipakaistokin:maafla kalau ad yang tersinggung.!
                                           hanya alarm untuk saya,anda dan kamu.~

Sunday, May 13, 2012

menuju destinasi.!

salam alayk.!
kaifa haluk.insyaALLAH.dalam keadaan sihat yang ideal ye!sbb saya sihat yang tidak ideal sejak duduk rumah 5 bulan ni.sihat membulad.haha~
 tajuk entry kali ni menuju destinasi sebab kebanyakan kawan2 sy bakal menjejak kan kaki ke destinasi selepas sekolaH.semoga kalian terus menyinar seumpama sinar matahari yang mampu memberikan haba kepada penduduk bumi.cehh~
*pengaruh novel HILAL ASYRAF :matahari*sori..

ape punca mendorong saya menulis ini entry.kerana ad seorang akhi chat di fb.then,dia cakap such like this la
'ak sedih la tgok kawan ak yang xdapat upu,matrik xdapat.dan dia mcm down sgt'
sy hanya mampu balas.
'hm.ak pun ad jugak kwn yg xdpt upu.xtahu la nak cakap mcm mne sebab kite epi sdgkan kawn kite sedih'
then.
'mcm mne nak ckp kat die ni'
saya taip..
"1 je pesan ak.yakin bahawa rezeki ALLAH tu luas.
'sesungguhnya sebaik-baik pelingdung adalah ALLAH,dan sebaik-baik penolong itu adalah ALLAH'
 mungkin rezeki dia bukan untuk merasa mcm orang lain rasa sbb hasilnya nanty mungkin akan menjadi luar biasa.insyaALLAH.hanya yakin pada Dia sebab Dia adalah pemberi rezeki kepada hamba-hambanya"
lepas tu sy terus log out.esok sign in.
dush!!
'ko ni patut jadi kaunselor je laa,by the way thanks.!'

haha.~lawak xad petala betul.ad ke cakap.sy patut jadi kaunselor.hanya mampu menaip saja.sedangkan diri sendiri.huishh.~macam kapal.kne lambung ombak..bussshhh~*bunyi ombak tau*.ke kiri.kejap ke kanan.
dan hanya akan pegun apabila sudah berhenti laa.~

melangkah dengan langkah yang kecil walaupun perlahan tetap akan membuah kan hasil.dan destinasi kita yang utama adalah akhirat yang kekal abadi.insyaALLAH~.

#bagi yang mahu mengambil SPM tahun akan datang,.!silalah berusaha bersungguh2 kerana kejayaan anda bukan hanya mengembirakan diri anda.tetapi turut menggembirakan keluarga anda.bahkan orang kampung pun tumpang gembira#(based on pengalaman)                                

------>hadid yang sedang mngalami peleburan
           sebelum menjadi hadid yang berguna
           suatu masa kelak!!


Wednesday, May 2, 2012

kempen cari fulus.!!

salam alayk.
tibe2 je entry tajuk ni.haha.sbenarnya dalam dilemma.huish.
keterujaan pergi ke pwtc sabtu ni yang buat saya macam ting tong.korek2 purse.
tinggal 100++.cukup ke.?duit tambang da tolak awal2.alamak.novel yang nak beli da nampak wajah sambil melambai-lambai ke arah saya ni.mak.!hadid pening laa.~
gare-gare sis nadiah hazirah mempromote page2 kat fb yang lelong tudung .saya gian shoping di situ. sampai lupe.duit da nak kering.*krik*krik*#bunyi cengkerik musim panas#haha.by the way.arigato la sis.sebab mmbntu sy mencari sumber tdung.!

'abah.angah nak pergi kl sabtu ni.boleh?'
'ari tu baru je balik putrajaya.asal da nak pegi lagi ni.?'
'hah.!ohh.yang ni laen skit.'
senyap dua minit.sambil mata abah pandang kat saya.
'angah kan kecik lagi.yang nak pergi jauh2 ni.kenapa.?nanty da besar nak pergi mane.abah izinkan.'

olala.serius.kali ni saya sentap 100 megawatt.saya kecik.?*babyface*haha.umur brape ye baru dianggap besar.?i'm 18 ok.ouh.ok.i'm 17 and 9 months.huh.emak always bagi greenlight.sebab mak cool!!
haha~.tapi mak mesti pesan.even jauh ke dekat ke.ayat dye msti.
'kat tempat orang jage diri.jangan buat macam-macam.awak tu bukan bawa diri sorang.diri mak abah.yang penting diri agama tu.'

so,bile abah da cakap.saya masih kecik.duit xboleh banyak2 pegang.nanty hilang.haisy~
sebenarnya.terasa macam kejam minta duit kat parents.tapi.boleh x kire this situation mcm desperate.?haha.*tutup muka sambil blink-blink kan mata*
sebab tu nak lancarkan kempen ni.untuk diri sendiri.kepada sesiapa yang bermurah hati.silalah membantu saya!!haha *dengan muka penuh kesian dan pengharapan*.

#bermodalkan mulut manis muka comel.saya merayu kepada anda yang berkaitan.fulus boleh dicari.tapi kebahagiaan yang sejati mampu dikecapi dengan redhaNya,insyaALLAH#




salam alayk.

aku ingin mencintaiMU
setulusnya,
sebenar-benar aku cinta
dalam do'a
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya

ni part lagu edcoustic.,aku ingin mencintaiMu.
ok.1st time dgar this kind of song. saya terus cakap kat a sis .' nak tujukan lagu ni kat bakal zauj la.macam sweet je.' then dia cakap 'lagu ni bukan untuk tu laa.'.

ok2.sekarang baru tersedar.how powerful this song.push me up towards HIM.sentap jugak laa.bila sanggup tujukan lagu ni kepada yang salah.how silly i'm.? dush3.
kembali menterjemah diri.kalau dulu2 laa.mse duk goyang kaki kat rumah.nak bina baitulmuslim yang betul2.hah!
sekarang.dengan pemergian arwah kak Fila muhadzir.alfatihah~.buat saya tersedar.knape nak fikir baitulmuslim.sedangkan.sempat atau tidak untuk itu.kenapa jarang-jarang nak fikir tentang Maha Pencipta.
yang kembali itu pasti.yang bina baitulmuslim itu bergantung pada umur.huishhh.
 'sesugguhnya yang bernafas itu akan merasai mati'.
susah sgat nak mntadabbur ayat tu.it's simple and easy going.astaghfirullah.

#muhasabah cinta kearah yang benar kerana cinta itu yang kekal abadi#
hadid luverx~

Monday, April 30, 2012

mempelajari

salam alayk.
kaifa haluk.insyaALLAH.sihat tubuh bdn serta rohani.~

belajar untuk memahami dan bersabar disertai muhasabah dalam kehidupan.

*banyak ibrah yang diperolehi dari ERAT*

Friday, April 20, 2012

langkahlah secara perlahan.!

salam alaikum.!

saat kaki bisa melangkah
corak kan langkahan itu menjadi teratur,tersusun dan manis dipandang dek orang.
umpama kan diri di atas red carpet mahupun podium peragaan.
tunjukkan sehabis baik
kerana tersalah langkah mungkin membawa 1001 padah kepada anda
mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat kelak.

teruskan corak langkahan itu
kerana bukan hanya mata manusia yang menatapi anda
tetapi si DIA yang tidak jemu memandang anda
mengharapkan anda sedar akan kehadiranNYA disaat anda
jatuh berguling-guling~
jalan perlahan-lahan
dan seterusnya membuka 10000 langkah

langkahlah secara perlahan
kerana tanpa langkah yang perlahan itu
tidak akan hadir larian yang laju ~

#bermadah pujangga jugak la saya kerana anda kak nadiah =P #
   -hadid luverx always here!-

Monday, April 16, 2012

pengislahan diri

salam alaik..

semakin hari..detik waktu masih berjalan tanpa henti dan tanpa menunggu saya yang sentiasa lalai..semakin dekat saya kearah KEMATIAN..malangnya semakin banyak perkara yang saya lakukan tanpa berfikir akan  baik buruknya perkara itu.,biarpun jari ni masih mampu mencoretkan tulisan..namun hati saya sebaliknya.,mulut saya masih mampu mengukir senyuman.,tapi tubir saya masih menitiskan air mata.,bukan sebagai seorang yang lemah.tapi sebagai seorang yang hina,penakut.
sungguh..it's disgusting to me.,so hurt to accept all,.why i'm being so JERK..

saya perlukan masa.,untuk menjadi diri saya yang dulu.,sebab saya rasa.dulu.saya agak baik.*ini bukan statement masuk bakul angkat sndiri dan yang sekutu dengannya*berbanding hari ni.saat ni..waktu ni.,saya adalah seorang yang angkuh.mungkin.jiwa batu.tapi lembut macam ais.dan satu lagi.ROCK.
uish.ape yang telah saya lakukan sehingga dilabel sedemikian.ok.saya mengaku.i'm little dizzy here..but.
i'm not the rockers.haha.tak terasa hati pun.sebb mcm cute je dilabel sedemikian.*mata bersinar-sinar*.

nak jerit kuat-kuat la..sampai sakit tekak.tapi buat mcam tu pun.saya tetap takkan berubah.
'ALLAH takkan mengubah nasib sesuatu kaum tu.melainkan kaum itu yang berusaha untuk berubah'.
macam kena  baling dengan tembok besar china kot rase nya.huish.tahap zon merah ni kalau kat hospital.
merenung kembali.bersaat-saat.hailaa.sebab tu saya decide nak blaja jauh2.mungkin.itu akan mendatangkan hasil yang baik.

saya sedang untuk berbahasa.bukan mengada-ngada.sebab saya kasar bahasa.ni lagi.macam kne hempap dengan menara klcc kot.peh.kasar sangat ke.?muhasabah balik.mungkin.gurau tak kena masa.sehingga dilabel demikian.NO awak-awak ni.saya mempraktikkan ANDA.sebab lagi formal,mcm lagi manja.oppps.bukan manja.tapi mcaam menjage batas.*sambil garu kepala*.

waktu sentiasa ada untuk berubah.tapi saya tak pernah sedar semua ni.muhasabah kembali.hari-hari yang dilalui.msuk genre sedih.AMARAN!.*sediakn tisu di sebelah*.bila saya lihat.satu,dua,tiga,...kawan-kawan saya berubah status di FB.sedarkan saya.saya bukanlah sahabat yang baik.sebab tak mampu untuk berada di samping mereka di kala suka atau duka..i'm cruel to myself.tapi ada juga yang jadi sangat baik.sungguh *sambil angguk2 kepala*.dan saya akan berusaha untuk menjejaki langkah anda yang baik sangat itu.

p/s :aku
       maafkan anda.=P
       anda
       maafkan saya tau.' -_-


Saturday, April 14, 2012

macam-macam ada.!!

salam alaik.
how's the life.?keep it better even it worse.haha.
semalam.spend masa dengan keluarga.tak best.sebab saya teramat sedih. =_=
saya ad sebab saya sendiri nak cakap tak best.
1.sebab pegi shopping je.dan makan-makan.
   saya xdapat beli ape2.sebab shirt yang saya nampak and tersuka.saiz.XL.tapi.macam kecil dan sexy.haha.so,
   niat dibatalkan.save duit.haha.
 2.layan kerenah adik.melayang RM 20..
   'angah.nak makan aiskrim.boleh.?'.'ok'.si dia laju je ke BR.huish minta vanilla+coklat.
   skali cashier tu cakap RM 19.10.rase macam.jantung tu da bergolek-golek..telinga masuk air ke.nak buat2 xkenal dengan adik pun ada.*bukan kejam cuma kedekut sikit* tapi sebab da cakap.OK.hulur jugak RM 20.berbaki.90 sen.terus along the day.mood terus down.*sambil menangis*acah je.tak rock la kalau nangis.

3.pergi kedai buku.tapi 1 buku pun xdapat.
  sungguh.bau yang paling saya suka.bau BOOKSTORE.walaupun macam xad bau.haha.hm.hampir 1 jam saya ke hulur ke hilir sampai ayah penat tunggu.aleh2 cuma beli envelope je.mau xmarah.haha.sebab buku HOW TO BE A GOOD MEDICAL STUDENT.ilek.takdok.ikutkan.nak duduk je kat situ sampai jumpa.tapi bila ayah tanya.auto pulok mulut cakap.DAH!!jadi.saya keluar laa.



3 inferens sudah memantapkan pemerhatian saya.hui.
nak pi noreh.sekarang ni musim ujan,.nak keje kedai kek.huish.nanty saya yang jadi macam kek pulak.nak jual kuih.saya ni bukan jenis bangun pagi.hee~*sambil tutup muka*.



p/s:nak spend day.with family.saya kne prepare betul2.sama ada mental mahupun fizikal.
     

Monday, April 2, 2012

finally.=)

salam alayk.

'untung sabut timbul,untung batu tenggelam'

tu je yang saya harap..lepas mohon upu dan IPG.,huh.
cuak jugak.sebab hri tu jumpe cikgu.dia cakap
'IPG tahun ni,pengambilan skit je,mse interview tu,. study la buku yang penting2.'
huh.buku penting.?whatever laa..

p/s:penat bersedih.akhirnya terima.segalanya perancangan ada hikmahnya..
      (*_^)

Saturday, March 31, 2012

kawen.?

salam alayk
how's iman.insyaALLAH.always protected by HIM.amiin

tajuk entry nikah bukan sebab saya da nak nikah..oh no no..sebab saya rasa..ramai sahabat-sahabat saya yang merancang-rancang untuk membina masjid yang sememangnya indah..tetapi sekiranya masjid tersebut di kelilingi dengan bunga-bunga cinta kepadaNYA laa.insyaALLAH.
tetibe nak post ni sebab hari tu.mak cakap.
'kalau da ad yang berkenan di hati.cakap.nikah gantung.senang.'
dush..dush..dush..terasa macam kena hempap dengan M16 tiga kali..haih.mak da excited nak ad menantu la tu..haha..
ok.the rest is folded in the memory land.
hakikatnya.saya suka tengok orang bahagia.tapi saya risau kalau bahagia hanyalah illusi yang dicipta oleh syaitan.haha.sebagai seorang gadis aka perempuan aka young and beautiful lady *ceh,masuk lif tekan sendiri*.saya takut untuk perkara ni.sebab pengaruh tv.NANNY 911..fuhh.reality of life.bagi yang xpenah nonton.on ntv7 pkul 10a.m. isnin sampai jumaat..tapy ni english style. mempunyai anak yang dianggap sebagai anugerah Tuhan yang membawa rezeki tetapi.dalam siaran ni.subhanALLAH.peh nakal sungguh anak2 married couple.sampai mereka cakap."menyesal ada anak.kalau tahu perangai anak macam ni"

kita sebagai anak.mesti tachingkan kalau ibu atau ayah atau both cakap camtu.tapi style Nanny tu.salute.sebab segala keburukan perangai anak bukan kerana salah anak..tapi kerana ibu bapa,. macam hadis nabi
'anak itu dilahirkan suci seperti kain putih.ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak itu samada menjadi yahudi,nasrani ataupun yahudi'..

especially buat miss aliz.anda rasakan kehidupan selepas nikah itu indah.hakikatnya.pandai2 sendiri laa.hee~sebab anda selalu bicara tentang nikah gantung aka nikah khitbah.teruskan niat anda seandainya anda sungguh2 menuju ke arah itu.gambatte.haha~

post ni kredit kepada saya,anda dan mereka
*tapi lebih kepada reminder to diri sendiri laa*.

tapi jangan risau untuk bernikah tau.sebab ni persersi saya.,yg penting positifkan minda anda kerana pernikahan itu indah..haha.
*macam gedik sungguh je*padahal lame lagi nak melangkah ke dunia tu.haha.

p/s:bagi yg anggp post ni..macam sala.tolong betulkan tau..sebab saya ni lemah dan jahil. ^_*

Wednesday, March 21, 2012

berkat doa kalian.,!!

salam alayk.
'sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNya'
YA ALLAH.sangat terharu.bagaikan di awang-awangan.subhanallah.saya rasa dunia saya terlalu kecil.begitu hebatnya kuasa PENCIPTA ALAM ini.yang sentiasa berada di samping saya sama ada susah atau senang

1st of all.saya nak ucap terima kasih banyak2 kepada guru-guru SMK TM sebab aja saya.walaupun saya kerap kali menghantar bintang yang berkelip-kelip dalam kelas.hee~.bahasa mudah.tidur.haha.macam xcaya je kan.

2nd of roll.thank untuk mak and abah.dan keluarga yang lain.sebb selalu support walaupun angah ni ada tyme yg degil tahap monyet kat blakang rumah tu.

and last.tok semua.sahabat2 saya.student 5 KAA 2011.korang memang ummphhh laa.spechhless nak describe korang yang bestiest ever.followers saya dan  yang lain2.


asif kathir sebab ucapan ni.xmention nme spe. walaupon ustzah mujahidah addin sebut nme saya dalam entry dye.haha..

walaupun kat slip tu nme saya tapi kejayaan ni milik kita semua tau.hm.sbenarnya.tadi terharu sgt.sebab cikgu pesan mohon je ape-ape selagi mampu.saya cakap.sedih.markah koko teruk amat.C.cikgu cakap.janganla macam tu.awak boleh ni.lupakan je markah koko,.tak payah fikir lagi...
sungguh.amat sedih kejayaan yang diiringi dengan markah koko yang ciput je.buat saya semput dan sedu sedan.how ever.SAYA SAYANG SEMUA!!!..SMK TM.jasamu teramat tidak terhitung ke diri ni.thanks.hee~

Tuesday, March 20, 2012

spechless.!

salam. alayk.
subhanallah.rindu same blog.nak luah cakap-cakap ni.haha.hm.semoga sentiasa berada dalam keadaan baik.
insyaALLAH..
esok 21 mac.mak.takut sungguh.terasa jantung nak melompat keluar.tapi xboleh.sebab nanti tak dapat amek result.pergi jalan mane-mane.orang tanye.SPM ea.?brape target.?trial brape.?sungguh.xmampu untuk diungkapkan.senyum yang merupakan sedekah la yang boleh bagi.

tapi tadi.pergi kedai buku.cashier tu tanye.form bape.?.'huh,tggu SPM'.terbeliak biji mate dia.sebb dia ingat saya masih kanak-kanak ribena kot.kejam.padahal.we're in the same boat.waiting for the result la..
bila tengok fon je.dapat la mesej yang beraneka warna.suruh doa.kaifiat nak pergi ambik result.ohlala.
saya terasa seperti kosong.ya.zero.macam ni.0.

papepun.saya masih berpegang kepada 'ALLAH tak tengok hasilnya tetapi ALLAH tengok usaha hambaNya'.by the way.saya ucapkan sangat bersyukur kepada Yang Maha Kuasa sehingga ke alam semesta sebab kalian2 sudi mendoakan kejayaan saya sedangkan saya hanyalah sekadar hamba yang hina yang agak malas berusaha .macam mana pun.insyaALLAH.saya turut mendoakan kalian.

p/s:cuak sangat.baru sembuh demam.dan dijangkiti virus skema malam ni.=).

Monday, March 12, 2012

satu tragedi.

salam alaykum,.
 hari ni.nak cerita pasal kejadian yang berlaku masa hari sabtu.wedding sepupu saya.macam drama pon ada.sangat terkejut.dan masih terkejut.eh.lupe nak tanya iman awak.?apa khabar hati.insyaALLAH.semoga sentiasa dalam keadaan yang baik.

 first and foremost.kejadian tu melibatkan polis.story begin in three,two,one..*macam dalam minute to win it*..masa sepupu(abg udin) saya salin baju untuk potong kek.tanpa disedari.rumah pengantin tersebut telah dimasuki pencuri. kemasukan tersebut hanya di sedari oleh keluarga pengantin perempuan.sebab ad ahli keluarga tu nak masuk bilik yang simpan baju2.dia pelik sebab bilik tu berkunci.ketuk punya ketuk.terjegul muka pencuri tu. entah macam mana semua orang boleh kepung bilik tu.
yang lucunya kan.keluarga sebelah lelaki ni(sebagai tetamu) dok pikir.yang pencuri tu keluarga pengantin perempuan yang ala-ala sakit mental.nak keluar dari bilik dia.tapi keluarga perempuan tak bagi.takut buat kacau masa majlis.laa.rupenya pencuri.semua terus peluk handbag kuat2.termasuk saya walaupun my mum punya.saya terus terdiam. lepas tu pencuri tu.nekad nak lari tanpa seurat benang.tapi dapat dihalang.pencuri tu sempat buka baju je.free2 je mata memandang.opps.astaghfirullah..~
then.masa dia tengah nak lari.dia tersungkur langgar almari.pecah berderai kaca almari tu,.sampai luka tangan dia.lepas tu.semua sibuk cari tali.ikat dia.pak cik tu tanya.
 'ko ni pencuri ea'. 'tak'.'ko ni penagih dadah ea'. 'tak'.'ko ni ngisap ni'.'tak'. 'diam ko.ak lempang ko nanti'.
paaanngggg~.mendarat trus tangan pak cik tu.

sepupu saya yang nak jadi hero.terus tolak dia meniarap.nak tahu pe dia buat.pencuri tu da la kurus cekeding.sepupu saya tu ala-ala tough macam adi putra la kot.dia pi pijak dua-dua lutut pencuri tu. sambil berkata.'mencuri  tu haram.tau ape hukuman nya.?30 hingga 40 tahun penjara tau'.masa tu smeua senyum je.pepandai je dia nak buat law sendiri.padahal dia cuma ustaz praktikal kat MRSM tun ghaffar baba.

muke pencuri tu pon sememeh je.tiba-tiba.datang beberapa orang pemuda.mase ni pencuri tu still landing lagi kat lantai.pemuda tu rambut colourful.diaorang cume tengok je.then cll polis.bawak pencuri tu pergi depan taman.pemuda tu yang bawak.i thought tu geng dia laa.tapi orang taman escort pencuri tu. sampai dekat polis.tiba-tiba.entah macam mana.muncuk pulak watak si emak pencuri tu.hm.full package as a doctor.
'encik.anak saya mencuri ke.tidak ke.jangan la bawak dia pergi balai.awak semua buat dia macam binatang.kesian saya tengok dia encik.'
'puan.macam mana pun.kita selesai kat balai ea'

jadilah anak yang baik ye!!
then.majlis bersambung semula,.orang situ khabo kat kami.pencuri tu sebenarnya.tumpang menyorok kat rumah pengantin.dia mencuri kat rumah orang lain.pastu.dia lari sebab ad orang kejar.then.dia serbu laa rumah pengantin.rupanya bukan rezeki dia nak selamat. ALLAH maha mengatur segala. bak kata pepatah. sepandai-pandai tupai melompat.akhirnya menyembah bumi jua.*renovate sikit*.haha.
macam drama pulak kan.peh.real.cuma x ada camera and reporter je.haha.kalau tak.confirm hot and spicy.

p/s:simpanlah barang berharga anda sekiranya mengadakan sebarang majlis.kelak anda mungkin mangsanya.kerana malang tidak berbau.bukan doa tetapi cuma khidmat pesanan ringkas.haha
satu lagi.terharu apabila ibu pencuri tu.merayu2.walaupon macam tak patut.jenayah tetap salah.sejahat mana pun anak tu.ibu dia tetap sayangkan anak dia.