BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Saturday, March 31, 2012

kawen.?

salam alayk
how's iman.insyaALLAH.always protected by HIM.amiin

tajuk entry nikah bukan sebab saya da nak nikah..oh no no..sebab saya rasa..ramai sahabat-sahabat saya yang merancang-rancang untuk membina masjid yang sememangnya indah..tetapi sekiranya masjid tersebut di kelilingi dengan bunga-bunga cinta kepadaNYA laa.insyaALLAH.
tetibe nak post ni sebab hari tu.mak cakap.
'kalau da ad yang berkenan di hati.cakap.nikah gantung.senang.'
dush..dush..dush..terasa macam kena hempap dengan M16 tiga kali..haih.mak da excited nak ad menantu la tu..haha..
ok.the rest is folded in the memory land.
hakikatnya.saya suka tengok orang bahagia.tapi saya risau kalau bahagia hanyalah illusi yang dicipta oleh syaitan.haha.sebagai seorang gadis aka perempuan aka young and beautiful lady *ceh,masuk lif tekan sendiri*.saya takut untuk perkara ni.sebab pengaruh tv.NANNY 911..fuhh.reality of life.bagi yang xpenah nonton.on ntv7 pkul 10a.m. isnin sampai jumaat..tapy ni english style. mempunyai anak yang dianggap sebagai anugerah Tuhan yang membawa rezeki tetapi.dalam siaran ni.subhanALLAH.peh nakal sungguh anak2 married couple.sampai mereka cakap."menyesal ada anak.kalau tahu perangai anak macam ni"

kita sebagai anak.mesti tachingkan kalau ibu atau ayah atau both cakap camtu.tapi style Nanny tu.salute.sebab segala keburukan perangai anak bukan kerana salah anak..tapi kerana ibu bapa,. macam hadis nabi
'anak itu dilahirkan suci seperti kain putih.ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak itu samada menjadi yahudi,nasrani ataupun yahudi'..

especially buat miss aliz.anda rasakan kehidupan selepas nikah itu indah.hakikatnya.pandai2 sendiri laa.hee~sebab anda selalu bicara tentang nikah gantung aka nikah khitbah.teruskan niat anda seandainya anda sungguh2 menuju ke arah itu.gambatte.haha~

post ni kredit kepada saya,anda dan mereka
*tapi lebih kepada reminder to diri sendiri laa*.

tapi jangan risau untuk bernikah tau.sebab ni persersi saya.,yg penting positifkan minda anda kerana pernikahan itu indah..haha.
*macam gedik sungguh je*padahal lame lagi nak melangkah ke dunia tu.haha.

p/s:bagi yg anggp post ni..macam sala.tolong betulkan tau..sebab saya ni lemah dan jahil. ^_*

Wednesday, March 21, 2012

berkat doa kalian.,!!

salam alayk.
'sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNya'
YA ALLAH.sangat terharu.bagaikan di awang-awangan.subhanallah.saya rasa dunia saya terlalu kecil.begitu hebatnya kuasa PENCIPTA ALAM ini.yang sentiasa berada di samping saya sama ada susah atau senang

1st of all.saya nak ucap terima kasih banyak2 kepada guru-guru SMK TM sebab aja saya.walaupun saya kerap kali menghantar bintang yang berkelip-kelip dalam kelas.hee~.bahasa mudah.tidur.haha.macam xcaya je kan.

2nd of roll.thank untuk mak and abah.dan keluarga yang lain.sebb selalu support walaupun angah ni ada tyme yg degil tahap monyet kat blakang rumah tu.

and last.tok semua.sahabat2 saya.student 5 KAA 2011.korang memang ummphhh laa.spechhless nak describe korang yang bestiest ever.followers saya dan  yang lain2.


asif kathir sebab ucapan ni.xmention nme spe. walaupon ustzah mujahidah addin sebut nme saya dalam entry dye.haha..

walaupun kat slip tu nme saya tapi kejayaan ni milik kita semua tau.hm.sbenarnya.tadi terharu sgt.sebab cikgu pesan mohon je ape-ape selagi mampu.saya cakap.sedih.markah koko teruk amat.C.cikgu cakap.janganla macam tu.awak boleh ni.lupakan je markah koko,.tak payah fikir lagi...
sungguh.amat sedih kejayaan yang diiringi dengan markah koko yang ciput je.buat saya semput dan sedu sedan.how ever.SAYA SAYANG SEMUA!!!..SMK TM.jasamu teramat tidak terhitung ke diri ni.thanks.hee~

Tuesday, March 20, 2012

spechless.!

salam. alayk.
subhanallah.rindu same blog.nak luah cakap-cakap ni.haha.hm.semoga sentiasa berada dalam keadaan baik.
insyaALLAH..
esok 21 mac.mak.takut sungguh.terasa jantung nak melompat keluar.tapi xboleh.sebab nanti tak dapat amek result.pergi jalan mane-mane.orang tanye.SPM ea.?brape target.?trial brape.?sungguh.xmampu untuk diungkapkan.senyum yang merupakan sedekah la yang boleh bagi.

tapi tadi.pergi kedai buku.cashier tu tanye.form bape.?.'huh,tggu SPM'.terbeliak biji mate dia.sebb dia ingat saya masih kanak-kanak ribena kot.kejam.padahal.we're in the same boat.waiting for the result la..
bila tengok fon je.dapat la mesej yang beraneka warna.suruh doa.kaifiat nak pergi ambik result.ohlala.
saya terasa seperti kosong.ya.zero.macam ni.0.

papepun.saya masih berpegang kepada 'ALLAH tak tengok hasilnya tetapi ALLAH tengok usaha hambaNya'.by the way.saya ucapkan sangat bersyukur kepada Yang Maha Kuasa sehingga ke alam semesta sebab kalian2 sudi mendoakan kejayaan saya sedangkan saya hanyalah sekadar hamba yang hina yang agak malas berusaha .macam mana pun.insyaALLAH.saya turut mendoakan kalian.

p/s:cuak sangat.baru sembuh demam.dan dijangkiti virus skema malam ni.=).

Monday, March 12, 2012

satu tragedi.

salam alaykum,.
 hari ni.nak cerita pasal kejadian yang berlaku masa hari sabtu.wedding sepupu saya.macam drama pon ada.sangat terkejut.dan masih terkejut.eh.lupe nak tanya iman awak.?apa khabar hati.insyaALLAH.semoga sentiasa dalam keadaan yang baik.

 first and foremost.kejadian tu melibatkan polis.story begin in three,two,one..*macam dalam minute to win it*..masa sepupu(abg udin) saya salin baju untuk potong kek.tanpa disedari.rumah pengantin tersebut telah dimasuki pencuri. kemasukan tersebut hanya di sedari oleh keluarga pengantin perempuan.sebab ad ahli keluarga tu nak masuk bilik yang simpan baju2.dia pelik sebab bilik tu berkunci.ketuk punya ketuk.terjegul muka pencuri tu. entah macam mana semua orang boleh kepung bilik tu.
yang lucunya kan.keluarga sebelah lelaki ni(sebagai tetamu) dok pikir.yang pencuri tu keluarga pengantin perempuan yang ala-ala sakit mental.nak keluar dari bilik dia.tapi keluarga perempuan tak bagi.takut buat kacau masa majlis.laa.rupenya pencuri.semua terus peluk handbag kuat2.termasuk saya walaupun my mum punya.saya terus terdiam. lepas tu pencuri tu.nekad nak lari tanpa seurat benang.tapi dapat dihalang.pencuri tu sempat buka baju je.free2 je mata memandang.opps.astaghfirullah..~
then.masa dia tengah nak lari.dia tersungkur langgar almari.pecah berderai kaca almari tu,.sampai luka tangan dia.lepas tu.semua sibuk cari tali.ikat dia.pak cik tu tanya.
 'ko ni pencuri ea'. 'tak'.'ko ni penagih dadah ea'. 'tak'.'ko ni ngisap ni'.'tak'. 'diam ko.ak lempang ko nanti'.
paaanngggg~.mendarat trus tangan pak cik tu.

sepupu saya yang nak jadi hero.terus tolak dia meniarap.nak tahu pe dia buat.pencuri tu da la kurus cekeding.sepupu saya tu ala-ala tough macam adi putra la kot.dia pi pijak dua-dua lutut pencuri tu. sambil berkata.'mencuri  tu haram.tau ape hukuman nya.?30 hingga 40 tahun penjara tau'.masa tu smeua senyum je.pepandai je dia nak buat law sendiri.padahal dia cuma ustaz praktikal kat MRSM tun ghaffar baba.

muke pencuri tu pon sememeh je.tiba-tiba.datang beberapa orang pemuda.mase ni pencuri tu still landing lagi kat lantai.pemuda tu rambut colourful.diaorang cume tengok je.then cll polis.bawak pencuri tu pergi depan taman.pemuda tu yang bawak.i thought tu geng dia laa.tapi orang taman escort pencuri tu. sampai dekat polis.tiba-tiba.entah macam mana.muncuk pulak watak si emak pencuri tu.hm.full package as a doctor.
'encik.anak saya mencuri ke.tidak ke.jangan la bawak dia pergi balai.awak semua buat dia macam binatang.kesian saya tengok dia encik.'
'puan.macam mana pun.kita selesai kat balai ea'

jadilah anak yang baik ye!!
then.majlis bersambung semula,.orang situ khabo kat kami.pencuri tu sebenarnya.tumpang menyorok kat rumah pengantin.dia mencuri kat rumah orang lain.pastu.dia lari sebab ad orang kejar.then.dia serbu laa rumah pengantin.rupanya bukan rezeki dia nak selamat. ALLAH maha mengatur segala. bak kata pepatah. sepandai-pandai tupai melompat.akhirnya menyembah bumi jua.*renovate sikit*.haha.
macam drama pulak kan.peh.real.cuma x ada camera and reporter je.haha.kalau tak.confirm hot and spicy.

p/s:simpanlah barang berharga anda sekiranya mengadakan sebarang majlis.kelak anda mungkin mangsanya.kerana malang tidak berbau.bukan doa tetapi cuma khidmat pesanan ringkas.haha
satu lagi.terharu apabila ibu pencuri tu.merayu2.walaupon macam tak patut.jenayah tetap salah.sejahat mana pun anak tu.ibu dia tetap sayangkan anak dia.

Thursday, March 8, 2012

kicap.?!

salam alaykum.
semoga segala yang dirancangkan oleh ALLAH adalah yang terbaik buat kita.insyaALLAH.
 entry kali ni.nak cakap pasal kicap.kenapa.?biaq pi laa.
hari tu.menziarah la umah mak ngah.sebab sepupu saya is geing to be married with his choice. so.dengan separuh rela.separuh tak rela sebab masa tu tak la sihat sangat. ringankan beban hulur bantuan menggubah hantaran segala bagai yang sepatutnya.
dengan penuh khusyuk saya menggubah.tiba-tiba.sepupu saya bising kat dapur.umur dia dalam 8 tahun la.hm. daja dua.

'jangan letak kicap tu.kan iwan da cakap.kicap ada hantu'
'abah.jangan beli kicap lagi.iwan tak nak kat dalam umah ada hantu'

 hah.terkejut.*penuh ekspresi muka+mata dibuladkan* kenapa ada hantu pulak kan. selidik punya siasat.
gara-gara cerita  HANTU DALAM BOTOL KICAP punya penangan la.jadikan sepupu saya fobia + trauma dan sekutu dengannya terhadap kicap.even dia tak pernah tengok cerita tu.kelakar pun ada.cerita kelaka macam tu pun boleh buad dia takut.bukan nya betul pun.

hebatkan tendangan cerita hantu yang dianggap kelakar.sesuai di tengok bersama keluarga konon.hah amekaw.ini kesannya.ye la.budak-budak.pemikiran tak matang lagi.semua benda dianggap real.walau apa pun tetap tak elok.untuk diri.keluarga.ummah.dan agama.

p/s:tolonglah kurang kan cerita2 yang boleh mengundang ketakutan terhadap benda ghaib.tiada lain yang harus kita takutkan melainkan ALLAH Yang Maha Kuasa.sebab segala yang berada di alam ini.sama ada di langit mahupun di bumi adalah milikNya.,

Friday, March 2, 2012

ohlala instinct.!

salam alaykum.
kaifa haluk.?qalb.?moga dalam keadaan sihat laa..tpy bagi yang sakit tu..kifarah penghapus dosa..

instinct.mungkin lebih kita faham sebagai kata hati untuk sesuatu perkara yang bakal berlaku atau telah berlaku. dialog ni berlaku di depan aku.

"mak rasa mesin urut yang din beli tu da tak boleh guna lagi walaupun mak tak penah guna lagi".
ni.tok de saya yang cakap.masa dia bilang ni.rumah dia da memang rentung habis.satu barang pon tak boleh nak selamatkan lagi.tapi dia tak tau rumah dia terbakar sebab dia admited dekat wad sebab semput. semua macam kesian bila dia cakap macam tu.sebab perkara tu betul2 berlaku.mesin urut tu da tak wujud.

"alang-alang buat tahlil ni,buatkan untuk nama aku sekali la"
mase ni.hm.adik arwah suami mak cik saya yang cakap.semua ketawa mase dengar dia cakap.kelakar la.umur panjang macam diminta2 pulak.kebetulan mase tu memang ada tahlil untuk arwah my uncle.selang seminggu kot.dapat call.cakap dia di jemput Illahi.sungguh.terkejut la.tak sangke kate-kate dia bawak full meaning.

bila difikir balik.ALLAH tunjuk sesuatu tu melalui macam-macam cara.mungkin ada yang perasan.mungkin ada yang tak.mase arwah tok saya nak pergi buat selama-lamanya.saya cakap dengan mak.'rase sayu la nak balik rumah'.'eh.kaki tok ni awat macam tunduk je'.saya ingat tu sekadar perasaan yang melayang bukan-bukan.rupenya ALLAH bagi signal yang tok nak pergi masa saya nak trial SPM. huh.dugaan.~.


 para nabi pun dibagi tanda oleh YANG MAHA KUASA tentang sesuatu perkara.
 'Dia (Zakaria) berkata,"Ya Tuhanku berilah aku sesuatu tanda"ALLAH berfirman "tandamu ialah engkau tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal engkau sihat".
                                                                                                                                   surah Maryam 19:10

tanda yang ALLAH bagi mungkin ada tujuan.
 'dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu pahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah Yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'                                                                                                surah Al-Baqarah 2:216

niat entry ni nak hilangkan gemuruh jiwa cuak di dada.sebab result SPM 22nd march ni.sebab alhamdulillah buat masa ni.saya belum mengalami instinct tentang result.hopefully.mumtaz la ye.insya-ALLAH.doakan eak buat diri teman ni.nanti saya payback.hee~

p/s:kekecelaruan jiwa membuatkan langkah ku meminta tanda dari Yang Esa sebagai pengubat hati yang dilanda OMBAK MENGGANAS.bukan ombak rindu tau.